Friday 6 June 2014

Penipuan Yang Berlaku Pada Pengguna Dan Saluran Aduan

Penipuan-penipuan yang berlaku pada pengguna

SALURAN ADUAN

PERTUBUHAN KERAJAAN
1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.             

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777

3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) 

Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my 


7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000 

2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my


AGENSI AGENSI LAIN 
1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) 
Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811 

2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my 

Thursday 5 June 2014

Kesan Tidak Pelabelan Produk Kepada Pengguna

  1. Pengguna yang memakai produk yang tidak berlabel akan mengalami kerugian. Hal ini demikian kerana pengguna tidak mengetahui akan kandungan serta tarikh peluputan produk. Jika pengguna makan makanan yang bertarikh luput, seseorang itu mungkin mengalami cirit-birit, muntah dan sebagainya.

Kepentingan Pelabelan Produk


  Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Dengan memahami makna istilah yang terkandung di dalam label, kita boleh membandingkan jenis-jenis makanan berdasarkan faktor seperti kandungan nutrien dan kualiti ramuan yang digunakan. Dengan adanya maklumat pemakanan pada label, pihak pengeluar bertanggungjawab untuk menjalankan prosedur jaminan kualiti supaya maklumat tersebut adalah benar sepanjang masa. Kualiti produk juga lebih terjamin kerana pihak pengeluar akan berusaha memelihara kandungan nutrien di dalam produknya sepertimana yang tertera pada label.

  Antara kepentingannya:
1. Untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan nutrien (zat makanan) 
2. Dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak. 
3. Untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan makanan. 
4. Menyokong aktiviti pendidikan pemakanan.
5. Menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan makanan dan penyediaan hidangan.



  
  Label bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara membaca yang betul dan memahami maklumat yang tertera di dalamnya. Pada label makanan tersebut, kita boleh mengetahui pelbagai perkara penting seperti:
  • Kandungan pemakanan: Maklumat ini boleh didapati pada bahagian Maklumat Pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
  • Senarai Ramuan: Ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk
  • Tarikh Luput: Kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh luputnya.
  • Pengilang dan Pengeluar: Kenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
  • Perakuan Label: Apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada anda.

Label Alam Sekitar

  

  Pelabelan Eko membantu pengguna membuat keputusan penggunaan yang bertanggungjawab berkaitan dengan alam sekitar.

  Pelabelan eko menunjukkan kepada pengguna kesan sesuatu produk (samada penggunaannya, kandungannya atau cara pemprosesannya) terhadap alam sekitar.

  Beberapa pelabelan eko terdiri daripada tanda kitar semula, pelbagai tanda bahaya, tanda tong sampah pada bateri telefon bimbit, peralatan elektrik dan elektronik dan tanda penjimatan atau kecekapan penggunaan tenaga.






                                           








  Kitar semula plastik adalah satu langkah bijak bagi mengurangkan masalah pengurusan sampah di Malaysia. Label atau kod kitar semula pada tanda kitar semula membantu pengguna dan pihak pengurusan sampah dalam mengasingkan plastik untuk tujuan kitar semula yang berlainan. PETE(1) dan HDPE(2) adalah dua jenis plastik yang banyak digunakan untuk pembungkusan produk pengguna.



Label Pemakanan

  Pelabelan pemakanan adalah keterangan mengenai tahap atau kandungan nutrien yang terdapat pada label makanan. Ianya merupakan akuan yang benar mengenai kualiti pemakanan bahan makanan tersebut. Label nutrisi adalah senarai paras nutrien yang dipaparkan pada label sesuatu makanan. Ia bertujuan untuk menyatakan fakta kandungan nutrien sesuatu produk.

  Pelabelan pemakanan bertujuan untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungannutrien (zat makanan) pada label setiap makanan yang dikeluarkan. Dengan ini, ianya dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak. Ia merupakan satu cara untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan makanan. Selain itu, pelabelan pemakanan turut menyokong aktiviti pendidikan pemakanan kerana ia menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan makanan dan penyediaan hidangan.

  SEKSYEN MAKANAN menyediakan analisis yang meliputi semua keperluan dalam pelabelan makanan. Analisis-analisis ini termasuk analisis nutrien-nutrien yang wajib diisyhtiharkan pada label iaitu:

  1. Tenaga
  2. Protein
  3. Karbohidrat
  4. Lemak
  5. Jumlah Gula (bagi air sedia diminum)
  6. Lain-lain (Vitamin, asid lemak dan mineral)





Wednesday 4 June 2014

Multimedia Hari Pengguna Malaysia 2009


Siapakah Pengguna?


  Anda?... Saya? Kami semua jugalah pengguna. Semua orang yang mendapatkan barangan atau perkhidmatan dari pasaran sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun orang lain dipanggilkan pengguna. Sebagai pengguna, kami mempunyai hak pengguna. Misalnya, hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat, hak untuk membuat pilihan dan hak untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, penjual-penjual diwajibkan menjual barangan yang berkualiti serta menunjukkan label dan maklumat yang benar kepada pengguna.