Thursday 5 June 2014

Kepentingan Pelabelan Produk


  Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Dengan memahami makna istilah yang terkandung di dalam label, kita boleh membandingkan jenis-jenis makanan berdasarkan faktor seperti kandungan nutrien dan kualiti ramuan yang digunakan. Dengan adanya maklumat pemakanan pada label, pihak pengeluar bertanggungjawab untuk menjalankan prosedur jaminan kualiti supaya maklumat tersebut adalah benar sepanjang masa. Kualiti produk juga lebih terjamin kerana pihak pengeluar akan berusaha memelihara kandungan nutrien di dalam produknya sepertimana yang tertera pada label.

  Antara kepentingannya:
1. Untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan nutrien (zat makanan) 
2. Dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak. 
3. Untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan makanan. 
4. Menyokong aktiviti pendidikan pemakanan.
5. Menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan makanan dan penyediaan hidangan.



  
  Label bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara membaca yang betul dan memahami maklumat yang tertera di dalamnya. Pada label makanan tersebut, kita boleh mengetahui pelbagai perkara penting seperti:
  • Kandungan pemakanan: Maklumat ini boleh didapati pada bahagian Maklumat Pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
  • Senarai Ramuan: Ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk
  • Tarikh Luput: Kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh luputnya.
  • Pengilang dan Pengeluar: Kenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
  • Perakuan Label: Apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada anda.

No comments:

Post a Comment